Thursday, August 8, 2013

Selamat Hari Raya...

SAYA Muhammad Amyrizal Halif Bin Kamar ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua yg comel2 dan hansem2..Amy ingin meminta maaf kepada orang yg pernah Amy tersinggung perasaannya , sedangkan Nabi Muhammad S.A.W  memaafkan seluruh umatnya apatah lagi kita.
Selamat Hari Raya,Maaf zahir&Batin  =D

Wednesday, July 24, 2013

Kawan Dunia Akhirat


(Amy yg baju putih dari kiri)
Assalamualaikum,
Haihhh tetibe teringat kat member2 n cikgu sekolah, rindu 0oo kat dyeowg  :(
Dyeowg lahh abg, dyeowg lahh kakak, dyeowg lahh yg selalu bersama Amy bile Amy susah..Cewahh ayat x menahan  :p
Puihhh geli plak, haha!

Berbuat baik kepadanya, 'dia' juga akan melindungimu
Merapatkan ikatan persahabatan dengannya, 'dia' akan membalas balik persahabatanmu tu
Memerlukan pertolongan darinya, 'dia' akan membantu dengan kemampuannye
Melihat sesuatu yang tidak baik dari diri Amy, 'dia' akan menegur Amy
Meminta sesuatu bantuan, 'dia' akan berusaha membantu
Bila Amy berdiam diri, 'dia' ambil berat & happy kan Amy semula
Bila berbeza pendapat atau berselisih faham, salah sorang akan mengalah.

Dan 'Dia' itu adalah mereka semua, iaitu KAWAN DUNIA AKHIRAT Amy, Alhamdulillah  =')
Hope korang x lupakan Amy...

Buat Renungan Untuk Pasangan Bercinta


Jangan Tinggalkan Orang Yang Kita Sayang
Untuk Orang Yang Kita Suke,

Kerana Orang Yang Kita Suke
Akan Tinggalkan Kita Untuk Orang Yang Mereka Sayang...

Jangan Cuba Dapatkan Apa Yang Kita Sayang,
Tapi SayangLah Apa Yang Kita Dapat...... 

Amy

Monday, July 22, 2013

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan & Selamat Berpuasa


Amy ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan kepada seluruh umat Islam terutamanya kepada family. Semoga dapat memanfaatkan setiap hari di bulan rahmat, pengampunan dan keberkatan ini untuk melipatgandakan ibadah dan amalan kebajikan.
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يرغب في قيام رمضان من غير أن يأمرهم بعزيمة ثم يقول : من قام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه. رواه البخاري ومسلم وأبو داود والترمذي والنسائي.
Terjemahan:
Daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW pernah menggalakkan sahabatnya berqiam Ramadhan tanpa menyuruh mereka dengan kesungguhan (yang menunjukkan wajib), kemudian sabdanya: “Barangsiapa yang berqiam Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab (mengharapkan redha dan ganjaran Allah) akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu”. (HR al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud, al-Tirmizi dan al-Nasa’i)
  #SELAMAT BERPUASA :'D

Thursday, June 27, 2013

Gwiyomi -_- apak hang ==''

Assalamualaikum.
Amboi , Gwiyomi apak hang gwiyomi -_-


Keyword yang famous ialah video gwiyomi cute untuk suami. Haa , amy tau ni video yang mana satu sebab amy dah pernah tengok video tu. Kononnya , video gwiyomi tu dibuat oleh seorang isteri untuk suaminya.


Cerita yang tak berapa nak sahih amy baca dari komen-komen tu mengatakan bahawa video tu telah di-upload ke youtube. Tapi entah atas sebab apa , pemilik video yang asal dah keluarkan dari youtube tu. Malangnya , orang lain dah awal-awal copy video tu dan sebarkannya pula pada orang lain.


Susah kita nak kawal bila sesuatu benda tu dah tersebar dalam internet. Okey stop cerita video gwiyomi comel isteri untuk suami tu.


Ni nak cerita pasal gwiyomi lagi. Hehe. Sebenarnya tak semua video gwiyomi buat kita rasa nak termuntah bila tengok :D


Sebab apa yang amy perasan sekarang , video-video gwiyomi ni dah mulai diperbaharui.


Contoh baru-baru ni amy terkena video gwiyomi yang bikin panas. Aish! Macam kena renjatan elektrik je rasa bila dah khusyuk menghayati muka comel tu tetiba keluar muka jerangkung =.='


Selang beberapa jam lepas tu , jumpa lagi video gwiyomi yang buat amy tergelak! Kali ni lelaki kelepeh pulak. dh le buruk,menyampah seyh xD  Sengal je.Yg guna jari ada,yg pakai kaki pon ada,siap msok mulut,,werkkkk!! mcm2 ada xD


Kalau pasal gwiyomi haram jadah geli geleman ni mmng citer xkn habis..haha..okey lahh..tu je nk kongsi , papai.


Pisss yow  ^^V

Saturday, May 18, 2013

TUTORIAL: WeChat : Cara install wechat dalam komputer


Fenomena WeChat semakin berbunga bunga di hati anak muda malaysia. Sana sini orang bercerita pasal wechat, sampai Lisa Surihani pun promot wechat ni.
 Bagi aku, wechat adalah satu aplikasi yang menarik dan mudah.

Lain dari wassap. wechat ni nampak lebih friendly dan mudah digunakan, tapi yang paling penting lebih luas pencapaian sosial walaupun tanpa no telefon.

Baiklah, ini ada satu tips cara nak install wechat di dalam komputer atau laptop anda.

 Keperluan : -

-Biskut merry,
-Windows 7 ke atas.
-Sofware Bluestacks 


  Step 1

Mula mula download sofware bluestacks ni dan install di dalam komputer /laptop anda.
Bluestacks ini adalah sofware untuk menjalankan aplikasi andriod di komputer. so kalau orang nak layan game tample run pun boleh.


 Step 2. 
Lepas selesai semua installation, kita cari applikasi wechat untuk kita installkan. caranya klik pada App Search. dan cari wechat.lepas tu install. 



 Step 3.

Lepas dah siap install, apa lagi log in lah. lepas tu add lahh wechat Amy ID : Amyrizal_Halif  ..hehehe =D






Amacam?senang kan? =D alright,jom wechat ^___^

Saturday, May 11, 2013

Selamat Hari Ibu :)


Assalamualaikum..haii korang.. :)
Selamat Hari Ibu kepada Ibu2 semua..Tak kira lah panggilan mak/mama/mom/mummy/ and the other,semua tu memberi maksud yg sama..
Tapi bagi amy, setiap hari adalah hari Ibu..
Amy sayang mama :) 
Mama,amy minta maaf atas kesilapan yg amy dh buat..halalkn makan minum amy.terima kasih mama sebab besarkan amy,beri kasih sayang kpd amy,amy xkn lupa semua tu.
Amy pegang kata2 amy ,mama..amy akn sentiasa berada disisi mama,bg amy,tulahh tugas amy,melindungi mama selagi yg termampu.
Sekali lagi amy minta maaf ats salah silap amy selama ini..amy sayang mama.
#Selamat Hari Ibu ^^

Tuesday, April 23, 2013

Apabila Kita Patah Hati.......



Bila diuji, bersabarlah wahai hati. Musibah datang dalam pelbagai cara. Musibah dan ujian merupakan tarbiyah daripada Allah bagi mereka yang celik hati dan akalnya. Bila diuji, bagaimana penerimaan kita terhadap musibah tersebut? Apakah kita menerima ujian dari-Nya dengan hati yang terbuka, berlapang dada dan kembali muhasabah diri, memperbaiki kelemahan diri dan meningkatkan lagi amalan seharian.Jarang sekali kita bersyukur dengan ujian yang diberikan. Sedangkan mungkin juga, ujian itu merupakan salah satu peringatan kepada kita, supaya kembali dekat kepada-Nya, agar perbanyakkan amalan kepada-Nya, menadah tangan bermohon doa kepada Dia.

Monday, April 22, 2013

Tips apabila cinta ditolak/putus cinta..

Amy malas nk cerita panjang, so teros je lahh k?

Cinta ni memang manis n indah bila diakhiri bersama.
Bagaimana pula dgn cinta yg putus di tengah jalan. Tentu perit utk menghadapinya... apatah lagi bila selalu berjumpa.Mungkin dgn ni sedikit sebanyak dapat mengurangkan perasaan gundah
gulana, kepedihan n rasa kecewa yg dialami.cewahhhh! xD

tips2 nye:


1. Berdamai dgn diri sendiri, menangislah sepuas hati kalau itu yg korang nak buat. Jgn dgr pendapat org yg bkn2.

2. kawal je emosi tu,jgn ego!

3. Minta pendapat kt org yg betul2 boleh dipercayai.Mungkin dia orang boleh menghiburkan hati.

4. Keluar lepak ngan membe2,maybe ley senyum sampai ke telinga.


5. Perbaiki penampilan diri dgn. demikian akan akan lebih mempercayai diri.

6. Jangan lari,tabah n hadap cabaran.

7. Xde kwn,main lah dgn kucing ke binatang kesayangan..boleh lah lupakan kepedihan.

8. Tulis surat apa yg korang pendam then bakar! (jarang buat)

9. Mkn! jgn bodohkan diri xnk mkn!

10. Buat aktiviti yg korang suka..means hobi lahh. Lakukan hobi yang korang suka. membaca ke, menonton tv, n the other lah.

11. Jgn. 'trauma' dgn cinta. Jatuh cinta tidak datang hanya sekali dlm hidup. Percayalah pada keajaiban cinta.fulaweyh! xD

Tambahan:-
Anggaplah putus cinta itu adalah satu 'persinggahan' (mcm lagu le pulak) dalam kehidupan.

Mungkin dia bukanlah yg terbaik untuk diri korang.Maybe ada yg lebih baik.
Sebagai seorang Islam, kepada-NYA kita mengadu apa yg tersirat kt hati
kita tu.

Dah tersurat dia bukan jodoh korang, mohon kepada Tuhan supaya korang dapat melupakan dia.
Putus cinta bukan pengakhirnya kehidupan kita, hidup mesti diteruskan. :)

#Doktor Cinta dah bersuara xD

Pandangan Pertama



Itulah saat yang memisahkan aroma kehidupan dari kesadarannya.
Itulah percikan api pertama yang menyalakan wilayah-wilayah jiwa.
Itulah nada magis pertama yang dipetik dari dawai-dawai perak hati manusia.
Itulah saat sekilas yang menyampaikan pada telinga jiwa tentang risalah hari-hari
yang telah berlalu dan mengungkapkan karya kesadaran yang dilakukan
malam, menjadikan mata jernih melihat kenikmatan di dunia dan menjadikan
misteri-misteri keabadian di dunia ini hadir.

Itulah benih yang ditaburan oleh Ishtar, dewi cinta, dari suatu tempat yang tinggi.
Mata mereka menaburkan benih di dalam ladang hati, perasaan
memeliharanya, dan jiwa membawanya kepada buah-buahan.

Pandangan pertama kekasih adalah seperti roh yang bergerak di permukaan
air mengalir menuju syurga dan bumi.
Pandangan pertama dari sahabat
kehidupan menggemakan kata-kata Tuhan, "Jadilah, maka terjadilah ia"