Wednesday, July 24, 2013

Kawan Dunia Akhirat


(Amy yg baju putih dari kiri)
Assalamualaikum,
Haihhh tetibe teringat kat member2 n cikgu sekolah, rindu 0oo kat dyeowg  :(
Dyeowg lahh abg, dyeowg lahh kakak, dyeowg lahh yg selalu bersama Amy bile Amy susah..Cewahh ayat x menahan  :p
Puihhh geli plak, haha!

Berbuat baik kepadanya, 'dia' juga akan melindungimu
Merapatkan ikatan persahabatan dengannya, 'dia' akan membalas balik persahabatanmu tu
Memerlukan pertolongan darinya, 'dia' akan membantu dengan kemampuannye
Melihat sesuatu yang tidak baik dari diri Amy, 'dia' akan menegur Amy
Meminta sesuatu bantuan, 'dia' akan berusaha membantu
Bila Amy berdiam diri, 'dia' ambil berat & happy kan Amy semula
Bila berbeza pendapat atau berselisih faham, salah sorang akan mengalah.

Dan 'Dia' itu adalah mereka semua, iaitu KAWAN DUNIA AKHIRAT Amy, Alhamdulillah  =')
Hope korang x lupakan Amy...

Buat Renungan Untuk Pasangan Bercinta


Jangan Tinggalkan Orang Yang Kita Sayang
Untuk Orang Yang Kita Suke,

Kerana Orang Yang Kita Suke
Akan Tinggalkan Kita Untuk Orang Yang Mereka Sayang...

Jangan Cuba Dapatkan Apa Yang Kita Sayang,
Tapi SayangLah Apa Yang Kita Dapat...... 

Amy

Monday, July 22, 2013

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan & Selamat Berpuasa


Amy ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan kepada seluruh umat Islam terutamanya kepada family. Semoga dapat memanfaatkan setiap hari di bulan rahmat, pengampunan dan keberkatan ini untuk melipatgandakan ibadah dan amalan kebajikan.
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يرغب في قيام رمضان من غير أن يأمرهم بعزيمة ثم يقول : من قام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه. رواه البخاري ومسلم وأبو داود والترمذي والنسائي.
Terjemahan:
Daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW pernah menggalakkan sahabatnya berqiam Ramadhan tanpa menyuruh mereka dengan kesungguhan (yang menunjukkan wajib), kemudian sabdanya: “Barangsiapa yang berqiam Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab (mengharapkan redha dan ganjaran Allah) akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu”. (HR al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud, al-Tirmizi dan al-Nasa’i)
  #SELAMAT BERPUASA :'D